Playlist Cover
00:00
00:00

Cinta Si Penunggu

Budin baru membuka gerai steamboat di bawah pohon ketapang yang dikatakan berpenunggu. Sejak membuka gerai di situ, Budin berkenalan dengan seorang gadis cantik iaitu Melati. Melati seorang yang lemah-lembut, manja dan misteri. Setiap malam, Melati akan lepak di gerai steamboat Budin sambil melayan Budin bercerita. Keakraban Budin dan Melati tidak disenangi oleh Normah iaitu kenalan Budin, yang selalu cuba buruk-burukkan Melati di depan Budin, walau pun Normah tidak pernah berjumpa Melati. Namun Budin sedikit pun tidak termakan dengan kata-kata Normah. Bahkan Budin membenci Normah ekoran suatu peristiwa yang lepas. Budin mengatakan yang dia tidak akan sekali-kali memaafkan Normah atas apa yang berlaku. Normah sedih dengan layanan Budin pada dirinya. Suatu hari, Normah ternampak Budin bercakap seorang diri. Normah mula mencurigai Melati. Hubungan Melati dan Budin semakin akrab seperti pasangan bercinta. Suatu hari Budin pergi ke rumah Melati untuk berjumpa dengan Melati, malangnya kawasan rumah Melati adalah kawasan semak yang terbiar, malah tiada rumah di situ. Budin mula memikirkan kebenaran kata-kata Normah, mungkin Melati tidak seperti yang Budin fikirkan. Siapakah Melati yang sebenar? Apakah kesudahan kisah cinta Budin dan Melati, setelah Budin membongkar sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini?


Now Playing :
Share :
  • Embed Code
    Embed
  • Facebook Share
    Facebook
  • Twitter Share
    Twitter
  • WhatsApp Share
    Whatsapp
06:01
05:01
04:51
05:01
05:05
05:03
05:38
05:28
10:12
05:05
05:30
05:43
06:19
05:36
04:34