Playlist Cover
00:00
00:00

Dramatik Kool - Cinta Sup Bunjut

Azman seorang duda (30-an) baru bercerai dan mengalami masalah kerja, pergi ke sebuah kawasan terpencil untuk menenangkan fikiran. Azman menginap di sebuah resort, di kawasan kampung, yang dikendalikan oleh Saadiah (30-an) bersama adiknya Zamir (20-an). Resort tersebut sangat daif dan indah khabar dari rupa. Azman yang tidak puas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan di resort tersebut sering mengkritik cara Saadiah mengendalikan resort itu. Azman dan Saadiah selalu bertikam lidah. Lama-kelamaan Saadiah jatuh hati pada Azman. Saadiah cuba mengambil hati Azman tetapi tidak berjaya. Sehingga pada suatu hari Azman jatuh sakit dan Saadiah menyediakan sup yang sangat enak. Sejak dari situ Azman mula berbaik-baik dengan Saadiah. Azman mula membantu Saadiah menguruskan resort dengan memberi idea dan membuat kerja-kerja ubahsuai. Dalam masa yang sama, adik Saadiah iaitu Zamir meminta bantuan Azman untuk membantunya menjadi lelaki sejati. Zamir tidak tahan kerana sering diejek lelaki lembut oleh orang kampung. Lama-kelamaan Azman mula selesa dengan Saadiah dan Zamir, Azman terfikir untuk meninggalkan kehidupannya di bandar dan berhijrah ke kampung tersebut. Segala-galanya kelihatan tidak ada masalah dan berjalan lancar. Sedangkan tanpa pengetahuan Azman, Saadiah dan Zamir ada menyimpan suatu rahsia yang besar daripada pengetahuannya. Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Saadiah dan Zamir? Sejauh manakah Saadiah dan Zamir akan terus menipu Azman dan apakah yang berlaku di penghujung cerita, apabila Azman mendapat tahu hal yang sebenar? Watak & Perwatakan Norkiriah (Saadiah) Berusia lingkungan 30-an, bujang dan mempunyai seorang adik lelaki. Menguruskan resort peninggalan arwah ibu dan bapanya. Seorang yang becok, emosional tetapi baik hati. Sentiasa berangan-angan untuk berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. Azhan Rani (Azman) Berusia lingkungan 30-an. Telah bercerai dan mempunyai masalah dengan pekerjaannya. Lari ke kawasan terpencil untuk menenangkan fikiran. Seorang yang ego, cakap lepas tetapi baik hati.


Now Playing :
Share :
  • Embed Code
    Embed
  • Facebook Share
    Facebook
  • Twitter Share
    Twitter
  • WhatsApp Share
    Whatsapp
05:32
06:00
05:58
06:29
05:30
06:08
04:43
04:11
05:44
05:56
05:11
05:45
04:42
04:58
04:33