Playlist Cover
00:00
00:00

Bidin Paranormal

Bidin (Ropie) seorang penduduk Kampung Talang, yang taksub dengan paranormal, makluk halus, alam bunian, makhluk asing dan sebagainya. Bidin juga terkenal sebagai seorang yang suka ambil tahu segala yang berlaku di sekelilingnya. Bidin kurang disenangi kerana perangainya yang suka tunjuk bagus dan propa. Bidin tidak puas hati dengan dua orang adik-beradik yang baru datang ke Kampung Talang iaitu Daud (AG) dan Ghazali (Muaz). Daud dan Ghazali tinggal di rumah Arwah Mak Timah, mereka berjiran dengan Saleha (Haiza). Saleha merupakan gadis pujaan di Kampung Talang, dan turut digilai oleh Bidin. Dari hari ke hari Bidin selalu mengintip gerak-geri Daud serta Ghazali, kerana Bindin cemburu pada mereka berdua. Manakala dalam masa yang sama Daud dan Ghazali sebenarnya merupakan perisik yang datang ke Kampung Talang bagi menjalankan misi rahsia. Daud dan Ghazali menyamar sebagai adik-beradik bagi mengaburi mata penduduk kampung. Suatu hari Bidin dijumpai pengsan di bawah pokok bacang kerana tersampuk makhluk halus. Sejak kejadian tersebut Bidin beria-ia menyebarkan cerita kononnya dia terserempak dengan alien. Penduduk kampung yang masak dengan perangai Bidin yang sukakan perhatian, tidak menghiraukannya. Bidin tidak puas hati dan bersungguh-sungguh cuba menegakkan benang yang basah, supaya penduduk kampung percaya bahawa ada alien di Kampung Talang. Dalam masa yang sama Saleha cuba menggoda Daud dan Ghazali, namun cintanya tidak berbalas. Apakah misi rahsia Daud dan Ghazali di Kampung Talang? Adakah Bidin akan menggagalkan misi mereka?


Now Playing :
Share :
  • Embed Code
    Embed
  • Facebook Share
    Facebook
  • Twitter Share
    Twitter
  • WhatsApp Share
    Whatsapp
06:33
05:58
05:21
04:48
05:28
05:21
05:10
05:03
05:25
05:04
05:03
05:37
05:23
05:32
04:18