Playlist Cover
00:00
00:00

Skandal

X ialah seorang penyiasat persendirian, lelaki bujang, agak playboy dan seorang yang sukar difahami. Suatu hari X telah didatangi oleh seorang wanita yang meminta X untuk menyiasat siapakah kekasih gelap suaminya. Tugas tersebut membawa X ke sebuah kafe yang sunyi dan terletak di kawasan terpencil. X mengesyaki seorang wanita iaitu pelanggan kafe tersebut ialah skandal kepada suami clientnya. Setiap hari X mengintip pergerakan Erika, seorang wanita cantik yang penuh misteri. Setiap hari Erika akan duduk di meja paling belakang di kafe tersebut seorang diri. X cuba mencari kelibat lelaki bersama Erika, tetapi malangnya lelaki tersebut tidak kelihatan. X hampir putus-asa dan menganggap selama ini dia tersalah sasaran. Namun tanpa diduga suatu hari Erika menegur X. Mereka saling berkenalan. Dari situ X mendapat tahu bahawa setiap hari Erika menunggu kekasihnya di kafe itu, tetapi malangnya lelaki itu tidak muncul. Daripada perbualan mereka X juga mendapat tahu bahawa lelaki yang ditunggu oleh Erika telah beristeri. Ini menguatkan lagi teori X, bahawa Erika ialah kekasih suami client X. Dari hari ke hari Erika semakin rapat dengan X. X dan Erika saling bertukar cerita. Namun X tetap merahsiakan siapakah dirinya dan tujuan asalnya mengintip Erika. Tanpa disedari X telah jatuh cinta pada Erika. Malah Erika juga kelihatan selesa dengan kehadiran X dalam hidupnya. Tambahan pula Erika makin putus-asa terhadap kekasih gelapnya yang seakan-akan menjauhkan diri darinya. Suatu hari X mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya pada Erika, namun belum sempat dia meluahkannya, Erika hilang. X tidak tentu arah mencari Erika. Sehinggalah X ditangkap oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenalinya dan dikurung di sebuah gudang lama. Pada waktu itu barulah X tahu bahawa Erika telah bertunang dengan seorang taikun. Tunang Erika menyangka X ialah kekasih gelap Erika selama ini. X menafikannya dan berterus-terang bahawa dia adalah penyiasat persendirian yang sedang mengintip Erika. Tunang Erika tidak percaya, X dibelasah oleh orang suruhan tunang Erika. Pada waktu itu X rasa dia sudah terperangkap, X rasa Erika cuma gunakannya semata-mata untuk menyelamatkan kekasih gelapnya yang sebenar. X benar-benar marah dan menyesal mengenali Erika. Tanpa diduga X telah diselamatkan oleh seseorang dan dia dibawa jauh dari kota, ke tempat yang terpencil. Seseorang itu adalah Erika. Erika meminta maaf daripada X, kerana X mendapat susah disebabkan olehnya. Erika juga memberitahu X bahawa dia telah jatuh cinta pada X, dan ingin meninggalkan tunang dan kekasih gelapnya untuk X. X tidak tahu sama ada dia patut mempercayai Erika, namun di dalam hati X, dia terlalu cintakan wanita itu. X dan Erika akhirnya mengambil keputusan untuk sama-sama melarikan diri daripada tunang Erika dan orang-orangnya yang sedang memburu mereka. Akhirnya X seorang lelaki yang pernah berjanji tidak akan jatuh cinta, tewas di tangan Erika. Erika pula telah bertemu lelaki yang benar-benar mencintai dan dicintainya.


Now Playing :
Share :
  • Embed Code
    Embed
  • Facebook Share
    Facebook
  • Twitter Share
    Twitter
  • WhatsApp Share
    Whatsapp
00:03:09
00:04:08
00:03:45
00:06:58
00:05:30
00:03:27
00:04:58
00:04:25
00:04:36
00:05:33
00:04:06
00:04:40
00:04:05
00:04:30
00:04:30